Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelanggan Eco-Shop Bertuah Diterbangkan Ke AS Saksikan Piala Dunia 2026™

Siapa sangka satu pembelian biasa di Eco-Shop membawa kepada pengalaman yang sukar dilupakan apabila seorang rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sendiri perlawanan akhir FIFA World Cup 2026™ dari tempat duduk penonton.

Lew Yoong Kint, 39, dari Kuala Lumpur dipilih sebagai pemenang utama kempen “Kita Punya Impian, Dari Sorakan Jadi Pemenang!” anjuran Eco-Shop bersama Visa, sekali gus membolehkannya menyaksikan Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 dalam masa tambahan di Stadium MetLife, New Jersey pada 19 Julai lalu.

Lebih menarik, perjalanan luar biasanya itu bermula daripada penyertaan menerusi resit pembelian di Eco-Shop selepas membuat pembelian minimum RM45 menggunakan kad Visa.

Bersama isterinya, Lew menerima pakej perjalanan tajaan penuh ke Amerika Syarikat termasuk tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke New York serta pakej hospitaliti Visa untuk menyaksikan aksi final FIFA World Cup 2026™ secara langsung.

Bagi Lew yang membesar dengan minat terhadap bola sepak hasil pengaruh bapanya, kemenangan Sepanyol itu menjadi satu detik yang cukup bermakna kerana dia dapat melihat pasukan kegemarannya menjulang trofi di depan mata.

“Melihat Sepanyol mengangkat trofi secara langsung dari tempat duduk penonton adalah sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan. Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup dan saya sangat bersyukur kerana Eco-Shop memberi peluang kepada saya dan isteri untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini,” katanya.

Kempen “Kita Punya Impian, Dari Sorakan Jadi Pemenang!” yang berlangsung di 437 cawangan Eco-Shop seluruh negara mendapat sambutan menggalakkan dengan merekodkan 177,634 penyertaan daripada pelanggan.

Selain hadiah utama bernilai kira-kira RM250,000 itu, 10 finalis turut menerima barangan eksklusif FIFA World Cup 2026™, manakala 100 pemenang saguhati menerima baucar tunai Eco-Shop bernilai RM50.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng berkata kempen itu membuktikan pengalaman membeli-belah harian mampu mencipta kenangan luar biasa buat pelanggan.

“Kami percaya pengalaman bermakna mampu mencipta kenangan yang kekal. Kami berbesar hati dapat merealisasikan impian salah seorang pelanggan kami sambil meraikan semangat bola sepak yang menyatukan peminat di seluruh dunia,” katanya.

Menurut beliau, Eco-Shop akan terus meneroka peluang untuk membawa lebih banyak pengalaman istimewa kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang, termasuk menjelang edisi ke-100 FIFA World Cup pada 2030.