Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelik Suhu Kereta Naik Mendadak & “Aircond” Tak Rasa, Ini Puncanya

suhu kereta naik
Kredit: Altimat Auto Garage

Pelik Suhu Kereta Naik Mendadak & “Aircond” Tak Rasa, Ini Puncanya

Ramai pemilik kereta pernah menghadapi situasi di mana berlaku masalah suhu enjin naik apabila penghawa dingin kereta dihidupkan. Ia juga menjadi masalah apabila penghawa dingin tidak rasa sejuk dan hanya rasa angin sahaja.

Masalah ini mendatangkan rasa tidak selesa kepada pemandu ketika menaiki kenderaan. Malahan masalah ini boleh mendatangkan risiko kerosakan serius pada enjin jika tidak ditangani dengan segera.

Sehubungan dengan itu, artikel kali ini akan menyentuh mengenai masalah terbabit menerusi perkongsian @altimatautogarage di TikTok.

Punca Suhu Naik Mendadak, Aircond Tak Rasa

Menurut @altimatautogarage, masalah suhu naik mendadak atau penghawa dingin tidak sejuk tidak semestinya petanda compressor atau radiator rosak. Bagaimanapun, masalah ini kemungkinan berlaku disebabkan kerosakan pada bahagian kipas.

Di samping itu, sekiranya kipas ini tidak berfungsi ia tidak dapat membantu untuk menyejukkan radiator. Jadi kemungkinan besar sekiranya penghawa dingin anda tidak sejuk, ia disebabkan kipas ini tidak dapat berfungsi dengan baik.

Solusi pada masalah ini adalah dengan menukar kipas atau dipanggil sebagai fan motor. Kos yang diperlukan untuk menukar kipas ini tidaklah tinggi, ia hanya berjumlah beberapa ringgit sahaja.

Sebelum hantar ke kedai untuk melakukan pertukaran radiator atau compressor pula. Anda perlu meminta mekanik untuk lihat dulu sekiranya kipas ini berfungsi atau tidak. Keadaan ini disebabkan kos yang tinggi untuk menukar bahagian kenderaan tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

BACA: Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh & Mempamerkan Anjing Di Media Sosial

BACA: Ibu Bapa Digalak Hantar Anak Autistik Sertai Program ILKBS – Hannah Yeoh

Sumber: Altimat Auto Garage