Pemain Drum Rolling Stones, Charlie Watts dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Menurut Daily Mail, Watts baru-baru ini telah menjalani pembedahan kecemasan.
“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan bahawa Charlie Watts telah meninggal dunia di sebuah hospital di London awal hari ini di sisi keluarganya,” kata penerbit, Bernard Doherty.
Pemain drum yang berasal dari London itu telah menyertai Rolling Stones pada tahun 1963 setelah bertemu Mick Jagger, Keith Richards dan Brian Jones ketika beraksi di sebuah kelab.
Dia dikenali sebagai salah seorang pemain drum terhebat dalam arena muzik dunia.
Difahamkan, Watts telah dijadualkan untuk mengadakan lawatan ke AS dengan kumpulan itu pada akhir tahun ini tetapi terpaksa dibatalkan kerana pembedahannya.
Pada tahun 2004, Watts juga telah didiagnosis menghidap barah tekak dan menjalani beberapa rawatan intensif ketika itu.
Sumber: Daily Mail