Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemancing Di Tiang 32 Bawah Jambatan Pulau Pinang Diserang Sawan, Terjatuh Ke Dalam Laut

tiang 32 jambatan pulau pinang

BUTTERWORTH, 24 Julai (Bernama) — Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas lelaki itu terjatuh ke dalam laut ketika memancing di tiang 32 bawah Jambatan Pulau Pinang Kilometer 4.0 arah pulau menghala ke Perai, di sini hari ini.

Y. Gananaphan, 27, berasal dari Butterworth disyaki terjatuh ke laut selepas mengalami penyakit sawan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.40 pagi daripada seorang pemandu bot yang dihubungi rakan mangsa memaklumkan lelaki tersebut telah terjatuh ke dalam laut.

“Lelaki itu bersama rakannya telah pergi memancing di situ pagi ini dan ketika sedang memancing mangsa dipercayai mengalami penyakit sawan sebelum terjatuh ke dalam laut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa tidak memakai jaket keselamatan sedangkan ia telah dibekalkan oleh pemandu bot yang membawa mereka ke tiang tersebut untuk memancing.

Beliau berkata berikutan itu pihak polis bersama bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di kawasan perairan tempat lelaki tersebut terjatuh.

Sumber: BERNAMA