Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Pembekal buluh
Gambar via Bernama

Pembekal Buluh “Tumpang” Rezeki Sempena PRU15

Faiz Mustafa

PADANG BESAR, 15 Nov (Bernama) — Penggunaan buluh begitu sinonim apabila tiba musim perayaan, namun pada tahun ini pembekal buluh di seluruh negara mendapat manfaat dan “tumpang” rezeki susulan permintaan yang tinggi sempena Pilihan Raya Umum ke-5 (PRU15).

Batang buluh sering kali diguna pada PRU sebagai tiang bendera bagi mengibarkan bendera-bendera gabungan parti-parti yang bertanding seperti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PN) dan beberapa parti lain.

Penjual buluh terkenal, Ghazali Hassan, 60 yang membekal dan memborong pelbagai batang buluh di kawasan Padang Besar sejak lima tahun lepas, berkata sejak bahang PRU semakin terasa, beliau telah banyak menerima tempahan bukan sahaja dari penduduk setempat malah di sekitar lokasi berkenaan.

“Sempena PRU15 ini, memang banyak permintaan diterima di sekitar Padang Besar malah di beberapa lokasi lain di Perlis ini. Banyak parti politik yang menempah tidak kira apa parti sekalipun.

“Sepanjang PRU15 ini, sekitar ratusan batang buluh berjaya dijual, hinggakan bekalan milik saya pun sudah habis dan terpaksa minta bantuan daripada rakan-rakan lain yang memiliki pokok buluh untuk menyiapkan tempahan pelanggan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau yang juga seorang pesawah dan terkenal dengan panggilan ‘Encik Man’ ternyata bersyukur kerana bukan hanya dia yang menerima tempias rezeki PRU, malah rakan-rakannya turut berkongsi rezeki sampingan ketika tibanya PRU.

“Penjualan batang buluh selalunya hanya dijadikan pendapatan sampingan sahaja kerana ia bermusim terutama pada Hari Raya, kenduri dan beberapa acara lain, namun dengan tibanya PRU, ia sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan penduduk kampung di sekitar ini.

Menjelas lanjut beliau berkata batang buluh dipilih berdasarkan ketebalan, ketahanan malahan harga juga berbeza mengikut jenis kerana harga yang dijual adalah antara RM2.00 hingga RM5.00 untuk sebatang pokok buluh.

“Bermula hari berkempen kira-kira RM5,000 kutipan berjaya dikumpul dan dibahagi kepada beberapa penduduk kampung yang menolong saya membekalkan batang buluh ini. Mereka pula akan memperoleh pendapatan tambahan mengikut jumlah bekalan yang diberikan,” katanya.

Ghazali berkata pokok buluh jenis Buluh Madu dan Buluh Rusa sering digunakan sewaktu PRU ini kerana bentuknya yang menegak dan tidak membengkok sesuai dipasang bendera dan kain rentang calon.

“Panjang batang buluh pula berbeza mengikut saiz bendera yang akan dipasang kerana ada pembeli yang menempah 4.6 Meter (m), 3.4 m dan beberapa saiz lain” katanya menambah buluh sering digunakan sewaktu berkempen dalam pilihan raya kerana ia mudah dilupus dan musnah secara semulajadi berbanding paip PVC yang tidak mesra alam sekitar.

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

Sumber: BERNAMA