Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pembinaan ECRL: Lorong Arah Kuantan Lebuhraya KL-Karak DiLencongkan, Hingga 31 Ogos Ini

Iqbal Yasir
Lebuhraya KL-Karak Ditutup ecrl
Gambar: BERNAMA

Pembinaan ECRL: Lorong Arah Kuantan Lebuhraya KL-Karak DiLencongkan, Hingga 31 Ogos Ini

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) memaklumkan lorong utama di Lebuhraya KL-Karak dilencongkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menurut LPT dalam satu kenyataan, lencongan itu melibatkan laluan di KM 25.75 – KM 26.39 arah Kuantan (Gombak – Genting Sempah) bermula 8 Julai sehingga 31 Ogos 2025.

“Sepanjang tempoh ini, laluan trafik akan dilencongkan di lokasi terlibat. Pengguna masih boleh meneruskan perjalanan melalui laluan alternatif yang disediakan.

“Mohon semua pengguna jalan raya patuhi arahan papan tanda dan ikut laluan yang ditetapkan,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan agar pengguna jalan raya memandu secara berhati-hati dan sentiasa fokus ketika melalui kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga memberitahu pengaktifan laluan kontra dilakukan di lokasi berkenaan bagi mengurangkan kesesakan.

“Susulan terdapat kerja-kerja pembinaan laluan ECRL. Laluan kontra dari KM 25.6 hingga KM 26.4 arah Timur dari Gombak ke Genting Sempah diaktifkan bermula 8 Julai 2025 hingga 31 Ogos 2025,” maklum kenyataan itu.

Sumber: Lebuhraya Pantai Timur