Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pembuat Filem Jepun Dipenjara 10 Tahun Oleh Mahkamah Myanmar

Nurhanis
pembuat filem jepun dijatuhi hukuman penjara
Gambar: Getty/Kyodo News

Seorang pembuat filem dokumentari Jepun telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh mahkamah di Myanmar, lapor BBC.

Pada awalnya, lelaki tersebut ditahan pertama kali pada Julai berhampiran perhimpunan antikerajaan di Ragoon, ibu negara Myanmar baru-baru ini.

Lelaki yang berusia 26 tahun itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan menghasut dan tujuh tahun kerana melanggar undang-undang komunikasi elektronik.

Dalam masa yang sama dia turut menghadapi satu lagi pertuduhan kerana melanggar undang-undang imigresen namun hukuman tersebut tidak dijelaskan sama ada dijalankan serentak atau berasingan.

Sebelum ini, agensi berita Jepun Kyodo melaporkan junta Myanmar mendakwa lelaki tersebut memasuki negara itu dari negara jiran Thailand menggunakan visa pelancong.

Buat content mengenai Rohingya

Difahamkan, lelaki itu memulakan kerjayanya menjadi seorang pembuat filem apabila dia bertemu pelarian Rohingya di Jepun pada tahun 2014.

Selepas itu, dia membuat beberapa dokumentari mengenai pelarian dan isu etnik yang berlaku di Myanmar.

Kemudiannya apabila dia tiba di Myanmar pada Julai, dia dilihat sedang menjalani penggambaran mempamerkan seorang warga Myanmar.

Ditegah wartawan bebas

Namun penahanan lelaki itu menunjukkan bahawa rejim tentera tidak akan berhenti untuk menyekat laporan berita bebas.

Awal tahun lalu, seorang wartawan bebas Jepun turut ditangkap dan didakwa menyebarkan berita palsu dan merupakan wartawan asing pertama yang didakwa sejak tentera mengambil alih pada Februari 2021.

Dianggarkan lebih 15,600 orang termasuk penggubal undang-undang, aktivis dan wartawan telah ditangkap dan mencetuskan bantahan besar di seluruh negara.

Sumber: BBC