Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemergian Dicemburui, Pengawal Keselamatan 'Pergi' Ketika Tahiyat Akhir Solat Isyak

pengawal keselamatan tahiyat akhir
Gambar: TikTok @kimlahh122
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pemergian Dicemburui, Pengawal Keselamatan 'Pergi' Ketika Tahiyat Akhir Solat Isyak

Tidak ada siapa yang tahu bila dan bagaimana saat terakhirnya akan tiba. Namun, apa yang pasti adalah setiap insan mengimpikan pengakhiran yang baik dalam hidup.

"Cemburu", itulah yang dirasai ramai apabila tular di TikTok satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik pemergian seorang lelaki ketika menunaikan solat Isyak di surau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taman Daya, Johor Bahru.

Rakaman tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet apabila melihat arwah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berada di rumah Allah SWT.

Keluar bekerja mencari rezeki, pergi ketika menghadap Ilahi

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita yang dipercayai anak saudara kepada arwah, lelaki berkenaan dikenali sebagai Allahyarham Abdul Malik Zakaria.

Difahamkan, Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan meninggal dunia pada Isnin (15 Jun 2026) lalu.

Menurut perkongsian itu, Allahyarham rebah ketika berada dalam tahiyat akhir solat Isyak.

Luahan anak buat ramai sebak

Di sebalik rakaman yang tular itu, ada satu hati yang menanggung rindu paling berat. Seorang anak yang kehilangan insan bergelar ayah.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, anak Allahyarham meluahkan kerinduannya dengan kata-kata yang membuatkan ramai sebak.

“Rindu yang paling berat adalah rindu kepada insan yang tidak lagi mampu kita peluk.

"Ayah, setiap hari namamu hadir dalam doa, setiap kenangan bersamamu masih segar di hati. Walau masa terus berlalu, kasih dan rindu ini tidak pernah berkurang.

"Semoga ayah tenang di sana, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ketahuilah, anakmu ini sentiasa merinduimu, teramat rindu sehingga ada kalanya air mata menjadi pengganti kata-kata.

"Al-Fatihah buat ayah tercinta," tulisnya.

Pengakhiran yang indah, begitu dicemburui

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan doa buat Allahyarham dan ahli keluarga yang berduka.

Tidak kurang, ramai juga yang menyifatkan pemergian seperti ini sebagai satu kematian yang dicemburui. Pergi ketika sedang mengingati Allah. Pergi ketika sedang menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah.