Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemilik Kenderaan Yang Rosak Akibat Banjir Boleh Tebus Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia – Tengku Zafrul

Gambar: Bernama

Semua pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir kini boleh menarik nafas lega apabila mereka boleh menebus baucar diskaun automotif Keluarga Malaysia.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, baucar diskaun tersebut boleh ditebus di pusat servis atau pengedar sah syarikat automotif terlibat.

Jelas beliau, hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia tersebut.

Zafrul berkata demikian menerusi satu kenyataan seperti yang dilaporkan Bernama sebentar tadi.

Berita penuh menyusul.

Sumber: Bernama