Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemuda Pas Hadir PAU Pemuda UMNO, Isyarat Kukuh Hubungan Dua Parti

UMNO
Kredit: Facebook Afnan Hamimi Taib Azamudden

Pemuda Pas akan menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), esok sebagai tanda komitmen terhadap usaha memperkukuh hubungan antara kedua-dua parti Melayu itu.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kehadiran delegasi berkenaan adalah bagi membalas jemputan Pemuda UMNO selepas wakil sayap berkenaan menghadiri Muktamar Pas minggu lalu.

Menurut beliau, langkah itu mencerminkan keterbukaan kedua-dua pihak untuk meneruskan hubungan yang lebih baik, khususnya demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

“Hari itu kita jemput ke muktamar, mereka datang. Kali ini mereka jemput ke PAU (Perhimpunan Agung UMNO), kita pergi.

“Demi penyatuan, kami hadir!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyambut baik kehadiran delegasi Pemuda Pas ke perhimpunan tersebut.

“Jumpa esok brother,” balas Akmal menerusi ruangan komen.

Kehadiran Pemuda Pas itu dilihat sebagai satu lagi isyarat keterbukaan hubungan antara kedua-dua sayap pemuda berkenaan, susulan kehadiran wakil Pemuda UMNO ke Muktamar Pas minggu lalu.

Intipati
  • Pemuda Pas akan menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di WTCKL esok.
  • Afnan berkata kehadiran itu membalas jemputan selepas Pemuda UMNO hadir Muktamar Pas.
  • Akmal Saleh menyambut baik kehadiran delegasi Pemuda Pas menerusi komen Facebook.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan