Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penat Tunggu Pihak Bertanggungjawab Baiki Jalan Rosak, Penduduk Nekad Tanam Pokok Pisang
Sekumpulan penduduk di Kampung Agom nekad menanam pokok pisang di tengah jalan utama yang rosak teruk sebagai tanda protes kepada kerajaan, lapor Lampung Pro.
Difahamkan bahawa, mereka bertindak sedemikian kerana akses jalan raya yang rosak itu tidak mendapat perhatian daripada kerajaan.
Seorang penduduk tempatan berkata, penanaman pokok pisang di tengah jalan itu terbahagi kepada tiga kawasan dengan setiap satu berjarak 100 meter.
Ini adalah satu bentuk kemarahan penduduk kepada kerajaan yang tidak memberi perhatian berkenaan permasalahan itu.
“Akses jalan ini sangat penting, ianya merupakan sebagai penghubung kepada empat daerah iaitu Kalianda, Way Panji, Sidomulyo dan Candipuro.
“Apabila waktu pagi, jalan itu sangat sibuk kerana ia menjadi laluan untuk anak-anak pergi ke sekolah,” kata penduduk tersebut.
Kata penduduk kampung itu lagi, keadaan jalan itu akan bertambah buruk apabila hari hujan, keadaan jalan raya akan menjadi seperti lopak air atau kolam ikan.
Terdapat juga kerosakan pada jalan itu, kerana ia juga sering digunakan oleh kenderaan berat.
“Kami sangat berharap kerajaan tempatan dapat memberi perhatian terhadap aduan penduduk berkenaan keadaan jalan itu.
“Diharapkan pemimpin boleh turun padang dan lihat sendiri, kalau boleh tolong periksa juga keadaan tanah, kerana keadaannya tidak stabil,” sambung penduduk kampung itu lagi.
Sumber: Lampung Pro
Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup