Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar via Daily Star

Pencipta Animasi Wallace & Gromit Cadang Guna AI

Nurul Alya

Pencipta Animasi Wallace & Gromit Cadang Guna AI

Pencipta siri Wallace & Gromit bercadang untuk menerbitkan rancangan mereka yang akan datang menggunakan kecerdasan buatan (AI). Ini kerana, mereka risau sekiranya penonton hilang minat terhadap watak-watak claymation daripada tanah liat itu.

Aardman Animations, sebuah studio animasi yang melakukan stop-motion puppets, telah mendedahkan bahawa mereka sedang ‘bermain-main’ dengan AI. Pengasas bersama, Peter Lord mengatakan terdapat sebuah magic apabila mencipta watak menggunakan tanah liat seperti watak pereka cipta dan anjing itu. Tetapi, mereka akan mempelajari teknik baru itu sekiranya penggunaan AI menjadi lebih terkenal.

Menurut Peter Lord, “Sekiranya tiada lagi orang yang peduli dengan stop-motion, kami akan menyesuaikan diri kami dengan AI. Tetapi, kami tetap akan lakukan apa yang kami telah lakukan sekiranya ada orang yang mahukannya,”

Walaupun studio miliknya sedang cuba menggunakan AI, dia berfikiran bahawa orang ramai tetap akan menggemari stop-motion kerana mereka boleh melihat bagaimana ia dihasilkan.

Katanya lagi, “Saya tidak begitu tertarik dengan kesempurnaan. Kadang-kadang, ia bagus apabila AI dapat meniru dunia nyata. Tetapi, saya lebih suka apabila ia memberikan gambaran kehidupan sebenar dan dipermudahkan,”

Menurutnya lagi, syarikatnya itu mempunyai 10 atau lebih projek, termasuklah filem terbaru Wallace & Gromit yang dijadualkan akan dikeluarkan pada tahun 2024.

Kehabisan Stok Tanah Liat

Kini, syarikat itu sedang mengalami kehabisan stok tanah liat kerana syarikat pembekal tanah liat mereka, Newclay Products telah menutup kilang Newton Abbot milik mereka tahun ini. Mereka dijangkakan untuk menggunakan tanah liat yang terakhir yang telah digunakan sepanjang 70 tahun pembikinan filem tersebut.

Namun, Aardman telah mengumumkan bahawa mereka mempunyai stok tanah liat yang lain untuk memenuhi kehendak peminat animasi mereka. Seorang jurucakap bagi syarikat itu memberitahu orang ramai tidak perlu risau.

Mereka turut menambah, “Kami mempunyai jumlah stok yang tinggi untuk tanah liat yang akan digunakan pengeluaran filem terkini dan yang akan datang,”

Contoh filem mereka yang akan datang dan dikatakan akan dikeluarkan pada bulan hadapan adalah sequel kepada filem terhangat mereka, Chicken Run yang ditayangkan pada tahun 2000. Sequel filem itu yang diberi nama, Chicken Run: Dawn of the Nugget, telah mengambil masa selama enam tahun untuk menghasilkannya. Ia juga telah menggunakan kira-kira 200 model tanah liat.

Wallace & Gromit

Cerita terkenal mereka iaitu, Wallace & Gromit, merupakan filem digemari ramai selama lebih daripada 3o tahun. Filem animasi daripada Aardman Animations itu mengisahkan tentang seorang pereka cipta dan seekor anjing yang direka oleh Nick Park. Pengeluaran pertama filem itu adalah pada tahun 1989 yang berjudul A Grand Day Out.

Setiap watak dalam cerita itu diperbuat daripada plastisin dan filem itu dirakam menggunakan teknik stop-motion, di mana setiap model digerakkan sedikit demi sedikit dan setiap pergerakan itu dirakam. Ini bermakna filem itu mengambil masa yang lama untuk dirakamkan.

Terdapat perbezaan antara model asal untuk Wallace dan Gromit dengan lakaran asal oleh Nick Park untuk kedua-dua watak itu. Nick Park telah menukar Gromit kepada seekor anjing kerana menurutnya, anjing lebih mudah untuk dianimasikan.

Gromit yang merupakan seekor anjing, tidak bercakap dalam mana-mana filem yang ditayangkan. Tetapi, dalam lakaran asal Nick Park, Gromit mempunyai mulut dan dalam lakaran itu juga, Gromit dilukis dengan badan yang lebih besar dan bulat.

Sumber: Daily Star

BACA JUGA: Ingat Lagu Galau, Vokalis D’Masiv Dedah ‘Rindu Setengah Mati’ Sebenarnya Lagu Ketuhanan