Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pendakwah Terkenal Dipanggil Ke Bukit Aman, Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual

Seorang pendakwah terkenal dipanggil ke Ibu Pejabat Bukit Aman untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan melibatkan kes gangguan seksual.

Memetik daripada laporan Sinar Harian, polis telah memanggil pendakwah yang berusia lingkungan 30 tahun itu untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, masih belum mendapat kepastian sama ada pendakwah tersebut hadir atau tidak ke Bukit Aman.

Siasatan dijalankan mengikut Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sumber: Sinar Harian