Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penduduk Indonesia Serbu Stesen Minyak Bimbang Stok Habis

Indonesia Serbu Stesen Minyak
Kredit: Istimewa/Detik

Penduduk Indonesia Serbu Stesen Minyak Bimbang Stok Habis

Baru-baru ini, tular penduduk di Aceh Tengah beramai-ramai membeli bahan bakar minyak (BBM) dengan membawa tong plastik untuk menyimpan sebagai simpanan, lapor Detik,com.

Menerusi video yang tular, dilihat penduduk mendatangi SPBU (stesen minyak) dan Pertashop dengan membawa tong plastik pelbagai saiz sehingga menyebabkan barisan yang panjang.

Selain itu, penduduk juga membeli BBM dalam jumlah yang banyak daripada peniaga runcit. Rata-rata masyarakat mengisi minyak ke dalam tong dan bukannya terus ke dalam kenderaan.

Penjelasan Isu Minyak Bakal Habis

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi dan Maklumat (Kadis Kominfo) Aceh Tengah, Mustafa Kamal berkata, berdasarkan maklumat daripada PT Pertamina, stok BBM untuk wilayah Aceh Tengah berada dalam keadaan terkawal.

Katanya, terdapat kapal yang berlabuh membawa bekalan BBM untuk memenuhi keperluan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi wilayah pengedaran depot Lhokseumawe termasuk daerah Aceh Tengah, stok di depot ketika ini bagi Pertamax adalah sebanyak 1.3 juta liter, Pertalite 4.3 juta liter dan solar 2.3 juta liter,” kata Mustafa dalam kenyataannya.

Beliau meminta masyarakat agar tidak melakukan pembelian panik. Bahkan, bekalan BBM dilaporkan akan dihantar ke wilayah berkenaan setiap hari.

“Stok BBM Insya-Allah dalam keadaan selamat. Diharapkan masyarakat tidak perlu melakukan pembelian panik kerana pengedaran BBM ke Aceh Tengah akan dilakukan setiap hari,” ujar Mustafa.

Sebelum ini, Menteri ESDM Bahlil Lahadalia mengesahkan ketahanan bekalan bahan bakar minyak (BBM) nasional berada dalam keadaan selamat.

Beliau menyatakan bahawa stok BBM ketika ini cukup untuk memenuhi keperluan selama 20 hari.

Sumber:detiksumut