Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penempatan Mangsa Banjir Tawau Hampir Capai Kapasiti Penuh

Azizah Najib
mangsa banjir tawau
Kredit: Bernama

Tawau -- Penempatan mangsa banjir Tawau semakin mencapai kapasiti penuh apabila kadar penggunaan ruang di pusat pemindahan sementara (PPS) kini pada tahap yang tinggi.

Berdasarkan maklumat daripada laman Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau kini mencatatkan kapasiti 73.2 peratus.

Menurut laporan Astro Awani, seramai 247 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan setakat 3 petang tadi. Daripada jumlah itu, tujuh merupakan bayi dan 77 lagi kanak-kanak.

Turut direkodkan, dua daripada jumlah tersebut merupakan orang kurang upaya (OKU).

Kesemua mangsa ditempatkan di pps berkenaan selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir.

Sementara itu, Bernama melaporkan hujan lebat berterusan malam tadi mengakibatkan kawasan berkenaan diisytiharkan banjir sekitar jam 11.30 malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat susulan peningkatan paras air di beberapa kawasan.

Dalam pada itu, pihak JKM turut memastikan bekalan makanan sebagai sahur diterima mangsa di PPS.

Orang ramai dinasihat agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa serta bersedia untuk berpindah jika berlaku peningkatan paras air.

Perkongsian mangsa banjir Tawau di media sosial

Sejak awal pagi tadi, media sosial dipenuhi dengan perkongsian keadaan mangsa banjir yang rata-rata terpaksa bersahur dalam keadaan kediaman digenangi air banjir.