Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
MAS isu teknikal
Sumber: BERNAMA

Penerbangan Ke Incheon Berpatah Balik Ekoran Isu Teknikal – MAS

Hannah

Penerbangan Ke Incheon Berpatah Balik Ekoran Isu Teknikal – MAS

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, terpaksa berpatah balik awal pagi ini berikutan isu teknikal berkaitan sistem hidraulik.

Dalam kenyataan hari ini, MAS memaklumkan bahawa penerbangan MH66 yang berlepas ke Incheon hari ini, mengambil langkah berjaga-jaga dengan berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas berlepas dan mendarat dengan selamat di Terminal 1 KLIA pada 1.30 pagi.

“Kesemua penumpang telah diberi kemudahan penginapan di hotel dan penerbangan itu dijadualkan semula sebagai MH66D yang akan berlepas pada 8 malam ini. Penerbangan pulang MH67D juga dijadualkan semula dan akan berlepas pada 5.10 pagi (waktu tempatan), 3 Sept.

“Keselamatan dan kebajikan kesemua penumpang serta anak kapal kekal menjadi keutamaan kami,” menurut MAS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada MAS.

BACA: Satu Lagi Pesawat MAS Berpatah Balik Pagi Tadi

“⁠Pihak syarikat (MAS) telah memberikan laporan awal kepada CAAM, bagaimanapun maklumat terperinci mengenai insiden itu perlu menunggu siasatan penuh. Ke⁠semua anak kapal serta penumpang pesawat berkenaan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, laporan media menyatakan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan dilaporkan telah berpatah balik, awal pagi tadi.

Menurut laman Flightradar24, pesawat MH66 yang menggunakan pesawat Airbus A330-323 itu berlepas dari KLIA pada 12.01 tengah malam tadi sebelum berpatah balik dan selamat mendarat di KLIA beberapa jam kemudian.

Ini merupakan insiden kelima melibatkan penerbangan MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh kira-kira sebulan.

BACA: Tanda Mendapan Tanah Dikesan, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup Sementara

BACA: Warga Emas Hilang Selepas Perahu Dilanggar Bot Laju

Sumber: BERNAMA