Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin, Tiba-tiba Parcel Sampai

Hannah
parcel pengantin sampai
Gambar: TikTok @novelista.co

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin, Tiba-tiba Parcel Sampai

Macam yang semua tahu, parcel ni memang boleh sampai bila-bila masa saja. Kadang cepat, kadang lambat. Tapi bila dah sampai, biasanya kita teruja sebab barang yang ditunggu akhirnya tiba.

Namun, berbeza pula kisahnya dengan sepasang pengantin ni. Barang yang sampai bukan waktu biasa-biasa, tapi tengah majlis kahwin.

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan oleh pengguna TikTok @novelista.co yang membuat ramai tak kering gusi.

Dalam video itu, kelihatan sepasang pengantin lengkap berpakaian sedondon biru muda baru selesai memotong kek perkahwinan mereka.

Tapi tak lama selepas itu, muncul seorang abang penghantar barang dengan bungkusan di tangan. Rupa-rupanya, parcel yang dinanti dah sampai.

Abang courier sempat snap bukti delivery

Tanpa berlengah, abang courier tetap steady jalankan amanah. Dia menyerahkan bungkusan itu kepada pengantin dan sempat ambil gambar bukti penghantaran, siap berlatarbelakangkan pelamin.

Apa yang buat video ni lebih mencuit hati, videografer yang sedang merakam detik romantik pengantin pun tak dapat menahan gelak.

Shopee Malaysia siap komen video viral ni

Kisah lucu ini bukan saja menghiburkan orang ramai, malah turut menarik perhatian Shopee Malaysia sendiri yang sempat meninggalkan komen di ruangan video itu.

“Selamat Pengantin Baru, semoga pengantin lelaki dimurahkan rezeki selalu,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang ‘sporting’ dan tak kering idea untuk mengusik pasangan pengantin tersebut.

“Beli time single, dapat time dah bersuami.”

“Lambat kahwin takpa, jangan parcel yang lambat hantar.”

“Gambar yang abang kurier ambil tu boleh cuci buat kenangan.”

“Sama la kita. Time sanding abang J&T hantar parcel periuk, dahlah besar.”

Tidak kurang juga, ramai yang bersetuju bahawa ia menggambarkan realiti kerja penghantar barang, tugas tetap tugas walau apa pun keadaan.

Begitu juga dengan pasangan pengantin yang kekal tenang dan ‘sporting’ habis, jadikan suasana majlis lebih meriah dan dikenang sampai bila-bila.

BACA: Nak Tarik Pokok Halang Jalan, Tiba-tiba Abang Ni ‘Lesap’ Sekali Dengan Pokok

Sumber: TikTok @novelista.co