Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pengurus Dedah Chester Bennington Pernah Beri Dua Benda Ini Kepada Siti
Kehebatan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh disangkal lagi.
Tiga dekad dalam industri seni tanah air, Siti atau lebih mesra dipanggil TokTi bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa juga.
Untuk pengetahuan, tanggal 1 April merupakan ulang tahun ke-30 Siti di dalam industri muzik selepas album pertamanya dilancarkan pada tahun 1996.
Perjalanan selama tiga dekad ini menyaksikan pelbagai pengalaman dilalui oleh Siti termasuk bertemu dengan penggiat seni dari luar negara.
Menerusi satu siaran langsung di TikTok miliknya pada 1 April, Siti bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkongsi pelbagai momen yang dilalui mereka selama ini.
Siaran langsung itu juga bagi mempromosikan Konsert 'Beraya Dengan Saya, Dato'Sri Siti Nurhaliza' pada 10 April ini.
Pun begitu, salah satu perkara yang turut mencuri tumpuan adalah perkongsian mengenai bekas vokalis Linkin Park, mendiang Chester Bennington, yang pernah memberi surat dan topi kepada Siti ketika persembahan di Thailand.

Menurut Rozi, surat itu masih lagi disimpan olehnya.
"Kak Zi simpan lagi surat dia, dia bagi Siti surat dan topi. Kak Zi pernah kongsikan gambar surat tu dekat IG Story," katanya.
Selain itu, Siti juga berkongsi pernah bertemu dengan Mariah Carey, Celine Dion, Shakira dan Alicia Keys.