Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penjawat Awam Ditahan Disyaki Cuba Bawa Masuk Wanita Warga Asing Di KLIA

Penjawat Awam ditahan
Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ACP M. Ravi. Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki cuba membawa masuk wanita warga asing secara tidak sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang pada Selasa lepas.

Iklan

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan lelaki berusia 40 tahun itu pada 1.18 pagi oleh pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

“Suspek ditahan kerana cuba membawa masuk wanita berusia 38 tahun itu ke Malaysia tanpa pas perjalanan yang sah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan ke atas lelaki itu dijalankan mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Siasatan terhadap wanita itu pula dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.