Penjelasan Bahagian Dakwah JAKIM Berhubung Isu “Gender Reveal” Depan Kaabah
Tidak dapat dinafikan bahawa impian setiap Muslim adalah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah al-Mukarramah.
Ramai yang menyimpan hasrat ini sejak kecil, dengan harapan dapat merasai sendiri nikmat menjadi tetamu Allah SWT.
Saat pertama kali menatap Kaabah di hadapan mata, perasaan yang hadir sukar digambarkan dengan kata-kata.
Namun, baru-baru ini, tular di media sosial isu “gender reveal” di hadapan Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah.
Mungkin, hal ini menarik perhatian ramai kerana belum pernah dibuat orang. Justeru, kami kongsikan pandangan dan penjelasan Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung hal terbabit.
1. Kedudukan Tanah Haram & Kaabah dalam Islam
Kaabah dan Masjidil Haram bukan tempat biasa. Ia tempat ibadah paling agung. Al-Quran kata:
وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
“Dan sesiapa yang berniat melakukan kejahatan atau penyelewengan di dalamnya (Tanah Haram), Kami akan rasakan kepadanya azab yang pedih.”
(Surah Al-Hajj: 25)
Ulama tafsir macam Ibn Kathir dan Al-Qurtubi menjelaskan,
Apa-apa perbuatan yang mengurangkan kehormatan Tanah Haram termasuk dalam larangan ini, walaupun niat asalnya tidak jahat.
2. ‘Gender Reveal’ tu Ibadat atau Adat?
Kita tengok kaedah fiqh sebut,
الأصل في العبادات التوقيف
“Asal dalam ibadah ialah terikat dengan dalil.”
So, gender reveal bukan ibadah sebab tak de dalil pun. Ia cuma adat dan budaya moden.
Masjidil Haram pula khusus untuk ibadah macam solat, tawaf, zikir, doa.
Aktiviti adat yang tiada keperluan syarie tidak sesuai dibuat di sana.
3. Unsur Mengganggu & Menyusahkan Jemaah
Kebanyakan gender reveal ni melibatkan:
Rakaman video
Perhimpunan
Emosi berlebihan
Fokus kamera, bukan ibadah
Hadith Nabi ﷺ:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
“Tidak boleh memudaratkan dan tidak boleh menyusahkan orang lain.”
(Riwayat Ibn Majah)
Ulama pula sepakat, mengganggu jemaah tawaf atau solat adalah haram, walaupun dengan perkara “baik”.
4. Pandangan Ulama & Fatwa Kontemporari
Ulama semasa dan pihak berautoriti (termasuk garis panduan Masjidil Haram) tegaskan
Tidak dibenarkan…
i. Rakaman konten peribadi berlebihan
ii. Aktiviti viral / simbolik
iii. Perbuatan yang menukar masjid jadi “latar acara”
Syeikh Abdullah al-Faqih (ulama kontemporari) menegaskan:
“Masjid bukan tempat menzahirkan kegembiraan duniawi dengan cara yang menyerupai perayaan adat.”
(Islamweb : أحكام وآداب المساجد)
Gender reveal jatuh dalam kategori ini.
5. Isu Niat Baik & Cara Betul
Mungkin ada yang kata:
“Kami bersyukur je, niat baik.”
Islam jawab dengan kaedah ni :
الغاية لا تبرر الوسيلة
“Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang salah.”
Syukur itu memang ibadah, tapi cara syukur mesti ikut adab tempat ibadah.
6. Cara Yang Lebih Tepat & Beradab
Kalau nak kaitkan dengan Tanah Haram, buat dengan cara berdoa di depan Kaabah tanpa rakaman.
Contoh doa:
“Ya Allah, jadikan anak ini anak yang soleh/solehah.”
Yang penting bersyukur dalam hati, tak pamer pun tak pe.
So, pesanan kami, elakkan:
Last but not least…
Bukan gender reveal je, apa-apa adat duniawi di depan Kaabah ni adalah:
Tak wajar
Bertentangan dengan adab Tanah Haram
Berpotensi haram jika mengganggu jemaah
Tiada sandaran Quran & Sunnah
Syukur itu sunnah, tapi adab lebih utama. Ingatlah, Kaabah tempat merendahkan diri, bukan menonjolkan diri.
Semoga bermanfaat.
BACA: Lelaki ‘Meremang’ Kongsi Keajaiban Di Tanah Suci
Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim