Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Penjelasan KBS Berhubung Isu Velodrom Rakyat Ipoh, Perak

Sumber: Bernama

Penjelasan KBS Berhubung Isu Velodrom Rakyat Ipoh, Perak

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin merujuk kepada siaran media Berita Harian bertajuk “PKBM gesa KBS selamatkan Velodrom Rakyat” bertarikh 14 Januari 2026.

Menurut KBS, sukan adalah di bawah senarai bersama dalam Perlembagaan Persekutuan dan tanggungjawab pembangunan sukan serta fasiliti sukan perlu dipikul bersama Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Velodrom Rakyat Ipoh telah siap dibina pada tahun 1989 atas tanah milik kerajaan negeri dan ia adalah milik Kerajaan Negeri Perak di bawah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

BACA: KBS Perkasa Mobilisasi Belia Melalui Penyaluran Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026

Semasa penganjuran SUKMA di Perak pada tahun 2018, Kerajaan Persekutuan melalui KBS telah memperuntukkan dana sebanyak RM12.7 juta untuk menaik taraf fasiliti ini selari dengan tanggungjawab bersama untuk memajukan sukan negara.

Justeru, KBS berharap Kerajaan Negeri dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut memainkan peranan dalam menyenggara fasiliti ini supaya dapat dimanfaatkan oleh atlet dan rakyat khususnya di Perak.

BACA: KBS Menyokong Sepenuhnya Amanat YAB Perdana Dalam Membangunkan Aspirasi Kerajaan MADANI