Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penjimatan Tenaga & Manfaat Keterjaminan Makanan Untuk Rumah Anak-Anak Yatim Sungai Pinang Menerusi Kerjasama Tune Protect & Verdant Solar

Tune Protect Group Berhad (“Tune Protect” atau “the Group”) dan Verdant Solar menjalin kerjasama melalui Sun & Roots: Ke Arah Masa Hadapan yang Lebih Hijau, suatu inisiatif komuniti berteraskan kelestarian yang bertujuan untuk mewujudkan impak sosial dan alam sekitar yang berkekalan bagi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Sungai Pinang, Klang, dengan sokongan Sunway XFarms.

Kerjasama ini menggabungkan kekuatan setiap organisasi bagi membantu menyokong kemampanan jangka panjang dan operasi harian rumah anak-anak yatim tersebut.

Tune Protect menerajui usaha kesukarelwanan pekerja dan penglibatan komuniti, Verdant Solar menyediakan kepakaran tenaga boleh diperbaharui menerusi pemasangan sistem solar fotovolta (PV), dan Sunway XFarms melengkapi usaha ini dengan pertanian hidroponik bagi menyokong penghasilan makanan secara lestari.

Secara bersama, usaha ini bertujuan untuk membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan sara diri dan menjamin masa hadapan yang lebih mampan untuk rumah anak-anak yatim berkenaan.

Sun & Roots: Ke Arah Masa Hadapan yang Lebih Hijau, diadakan untuk menyediakan manfaat yang praktikal dan berkekalan untuk rumah tersebut dengan menggabungkan tenaga boleh diperbaharui, amalan makanan lestari, pendidikan alam sekitar dan penambahbaikan kepada persekitaran kehidupan.

Kerjasama ini bermatlamat untuk menyokong rumah anak-anak yatim berkenaan dalam usaha mengamalkan pendekatan yang lebih lestari serta pada masa sama, memperkasakan kanak-kanak dengan kesedaran yang lebih tinggi terhadap penjagaan alam sekitar dan keterjaminan makanan.

“Di Tune Protect, kami yakin bahawa kelestarian akan lebih bermakna apabila ia dapat memberikan manfaat ketara yang boleh dinikmati oleh masyarakat untuk jangka panjang.

“Program tersebut melangkaui usaha amal tradisional yang dijalankan sekali sahaja memandangkan ia diadakan untuk mewujudkan nilai alam sekitar dan sosial yang berkekalan menerusi kerjasama yang bermakna, kesukarelawanan pekerja dan manfaat komuniti yang berterusan, walau setelah program ini berakhir.

“Dalam memperluas inisiatif Corporate Good, kami tetap berpegang teguh pada janji kami untuk menyumbang 6,000 jam kerja sukarela antara tahun 2025 hingga 2027,” kata Koot Chiew Ling (“Chiew Ling”), Ketua Pegawai Strategi dan Pengerusi Jawatankuasa Kemampanan, Tune Protect Group Berhad.

Komponen utama inisiatif ini ialah rancangan pemasangan sistem solar fotovolta (PV) di pejabat dan bangunan asrama rumah anak-anak yatim berkenaan yang dilaksanakan oleh Verdant Solar.

Cadangan sistem itu terdiri daripada 6.44 kWp untuk bangunan pejabat dan 9.20 kWp untuk bangunan asrama, dengan potensi penjimatan kos elektrik antara RM6,500-7,500 setiap tahun.

Sistem ini menyokong peralihan rumah tersebut ke arah penggunaan tenaga yang lebih bersih di samping membantu meningkatkan kecekapan kos elektrik untuk jangka panjang.

Panel solar secara simboliknya telah diserahkan sewaktu acara kesukarelawanan, dengan pemasangan disasarkan untuk disiapkan pada akhir September dan pertengahan Oktober 2026 bagi membolehkan ia beroperasi sepenuhnya.

Sistem solar fotovolta (PV) yang dipasang bagi menyokong peralihan Rumah Anak-Anak Yatim Sungai Pinang ke arah penggunaan tenaga yang lebih bersih.

“Melalui Sun & Roots: Masa Hadapan yang Lebih Hijau, Verdant Solar berbesar hati memberi sokongan kepada usaha peralihan rumah anak-anak yatim berkenaan ke arah penggunaan tenaga yang lebih bersih sambil bekerjasama dengan Tune Protect dan rakan kongsinya.

“Kami berharap pemasangan sistem solar ini akan menjadi sumbangan berkekalan yang terus memberi manfaat kepada masyarakat selepas program itu berakhir,” kata Wang Woei Shenq, Pengurus Pembangunan Perniagaan (Komersial dan Industri), Verdant Solar.

Melengkapi komponen tenaga boleh diperbaharui itu, Sunway XFarms mengendalikan bengkel kelestariannya Farming Made Fun, dengan memperkenalkan kanak-kanak kepada pertanian hidroponik dan keterjaminan makanan.

Menerusi aktiviti amali seperti penanaman mikrohijau dan pembelajaran mengenai amalan pertanian lestari, kanak-kanak berkenaan memperoleh pendedahan praktikal terhadap penghasilan makanan dan kepentingan pengeluaran makanan yang bertanggungjawab.

Inisiatif ini menghimpunkan lebih 60 sukarelawan daripada Tune Protect, Verdant Solar dan Sunway XFarms yang menyumbangkan masa mereka menerusi aktiviti pendidikan dan komuniti termasuk gotong-royong, kerja-kerja penambahbaikan kemudahan dan aktiviti landskap yang bertujuan untuk menambah baik ruang dan persekitaran kehidupan secara keseluruhan di rumah anak-anak yatim berkenaan.

Para sukarelawan daripada Tune Protect, Verdant Solar dan Sunway XFarms mengambil bahagian dalam aktiviti landskap di Rumah Anak-Anak Yatim Sungai Pinang.

Rumah tersebut menempatkan 52 kanak-kanak dan diuruskan oleh sembilan penjaga yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Berlandaskan aspirasi kemampanannya, In Tune for a Better Tomorrow, Tune Protect terus mewujudkan peluang yang bermakna untuk para pekerjanya melakukan sumbangan kepada masyarakat serta menyokong inisiatif yang memberikan impak sosial dan alam sekitar yang mampu menjadi ukuran.

Melalui kerjasama seperti Sun & Roots: Ke Arah Masa Hadapan yang Lebih Hijau, Kumpulan terus komited untuk membina masyarakat yang lebih kuat dan berdaya tahan untuk masa hadapan.

Intipati
  • Tune Protect, Verdant Solar dan Sunway XFarms bekerjasama membantu rumah anak yatim Sungai Pinang.
  • Verdant Solar merancang pemasangan sistem solar PV dengan potensi penjimatan elektrik tahunan RM6,500 hingga RM7,500.
  • Sunway XFarms mengendalikan bengkel hidroponik, manakala sukarelawan menjalankan aktiviti komuniti dan penambahbaikan kemudahan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan