Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Penjual Baju Dalam Talian Didenda RM3,000 Miliki Gambar Lucah

Iqbal Yasir
penjual baju didenda
Gambar: Bernama

Penjual Baju Dalam Talian Didenda RM3,000 Miliki Gambar Lucah

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Seorang penjual baju dalam talian didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki gambar lucah dalam komputer riba dan telefon bimbitnya, Mei lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, 32, yang mengaku bersalah memiliki gambar lucah dalam sebuah komputer riba dan lapan telefon bimbitnya di sebuah unit kondominium di Taman Kobena, Cheras di sini pada 4.30 petang, 22 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

BACA: Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Sejarah Jambatan Kereta Api Salak Selatan

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Dia membayar denda berkenaan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit memohon hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran kepada tertuduh.

Peguam Ashraf Fahmi Abdul Aziz yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda paling minimum atas alasan, ia merupakan kesalahan kali pertama anak guamnya.

Sumber: BERNAMA