Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pensyarah Wanita Ditemukan Lemas
CHUKAI, 12 Okt (Bernama) — Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang ditemukan lemas di kolam renang sebuah hotel, di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 7.10 malam.
Beliau berkata mangsa Nur Hazwani Abd Halim, 33, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa mendaftar masuk hotel itu pada 4 petang hari sama.
“Mangsa dikatakan mandi bersama-sama suami pada 4.30 petang dan disedari lemas sejam selepas itu,” katanya.
Beliau menambah mayat mangsa yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri Datuk Abd Halim Jusoh dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Sumber: Bernama