Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Penulis Novel, Abdul Talib Hassan Meninggal Dunia
Penulis novel Saga dan Sutera dalam Lukisan, Abdul Talib Mohd Hassan meninggal dunia pada jam 2.30 pagi.
Berita duka itu dimaklumkan oleh Dewan Sastera dalam satu perkongsian di Facebook pada Rabu.
Allahyarham yang berusia 79 tahun merupakan antara penulis novel penting pada era 1970-an hingga awal 2000-an.
"Novelnya yang paling diraikan ialah Saga (1976), novel yang memenangi Hadiah Pertama Sayembara Novel GAPENA 1976.
"Novel ini dianggap 'membawa pembaharuan' dalam novel Malaysia apabila teknik naratif orang ketiga dilanggar olehnya," kata Dewan Sastera.
Abdul Talib juga pernah memenangi Hadiah Kedua Sayembara Novel Hari Guru 1977.
Kemudian, pada Sayembara Novel GAPENA-Yayasan Sabah 1979, novelnya bertajuk Warisan terpilih memenangi Hadiah Kedua.
"Saga dan Warisan sudah beberapa kali diterjemahkan, malah Saga mempunyai beberapa sekuel, Saga Dua (1993) dan Saga Tiga (2001).
"Keprolifikan beliau jelas dengan barisan novel yang beliau hasilkan termasuk Wajah-wajah di Pelangi (1989); Jelaga, Cinta Semalam, dan Primadona (1990); Pelarian, Bebayang Ungu, Mimah, Mega-mega, Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih, dan Ika Airiani (1991); Di Rahang Sumpah (1992); Sutera dalam Lukisan dan Jerebu (1994)'; Khailee (1997); dan Diari Hati (2005).
"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang diredai," kata Dewan Sastera lagi.
Salam takziah untuk keluarga Allahyarham, semoga terus kuat menghadapi ujian kehilangan ini.