Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalau bercakap tentang filem seram, pastinya ramai dalam kalangan anda yang mengetahui mengenai filem The Conjuring. Menyeramkan, itulah ungkapan yang boleh dikatakan selepas menonton. Watak yang dimainkan oleh pelakon dan kesan make up juga menambahkan lagi unsur seram.
Sekiranya terjumpa di depan mata, sudah pasti ada yang kejut perut melihat watak-watak tersebut. Pun begitu, lain pula situasi ini apabila satu perkongsian di laman sosial memaparkan seorang individu yang dilihat hampir sama dengan watak dalam filem itu.
Menurut Mothership, perkongsian yang dibuat menampakkan ‘makhluk aneh’ di dalam sebuah MRT. Jelas Portal itu, ianya merupakan seorang wanita yang memakai pakaian seperti watak tersebut dan wajahnya dipenuhi dengan cat putih.

Paling menarik perhatian, wanita itu turut mengenakan pelitup muka sebagai tanda berjaga-jaga ketika pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada masa ini.
Seperti kebanyakan warganegara Singapura yang patuh pada undang-undang, wanita itu juga turut memakai pelitup muka.

Sekiranya anda tidak dapat mengetahui, wanita itu berpakaian sebagai hantu Nun atau Valak dari filem seram popular “The Conjuring 2” dan “The Nun” seperti ini :

Sumber: Mothership