Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penunggang Motosikal Maut Leher Terkena Kabel Telekomunikasi
BUKIT MERTAJAM, 8 Jan (Bernama) — Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren di Jalan Kulim di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata kejadian kira-kira 5 petang itu menyebabkan lelaki berusia 40-an berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila palang pada lori kren dipandu lelaki berusia 20-an dari arah Kulim, Kedah menghala Bukit Mertajam telah tersangkut pada kabel telekomunikasi mengakibatkan kabel itu jatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata penunggang motosikal terbabit dari arah bertentangan bagaimanapun tidak sempat mengelak menyebabkan wayer kabel itu terkena pada lehernya sebelum terbabas dan terjatuh di atas jalan raya.
Helmi berkata mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat manakala pemandu lori direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA: Selesai Susukan Bayi, Wanita Meninggal Dunia Dalam Pelukan Suami
BACA: Lelaki Maut Ditembak Di Sebuah Restoran
BACA: Pemandu Bas Ekspres Parah, Kemalangan Libat Lapan Kenderaan
Sumber: BERNAMA