Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penyampai Radio Ditembak Mati Semasa “Live” Di Facebook
Seorang penyampai radio di Filipina dilaporkan maut selepas ditembak mati semasa sedang melakukan siaran langsung di studio dalam rumahnya, lapor BBC.
Menurut polis, kejadian yang meragut nyawa mangsa, Juan Jumalon yang juga dikenali sebagai DJ Johnny Walker itu berlaku di rumahnya sendiri.
Difahamkan, sewaktu kejadian Jumalon sedang melakukan siaran langsung di Facebook (Facebook Live) pada sekitar jam 05:30 waktu tempatan sebelum suspek memasuki bilik konti dan menembaknya.
Media tempatan yang juga dipetik dari sumber polis melaporkan sebelum melakukan pembunuhan itu, suspek meminta kebenaran untuk masuk ke konti kerana mahu mengumumkan sesuatu yang penting di udara (on air).
Sejurus kejadian berlaku, Jumalon dikejarkan ke hospital oleh isterinya namun doktor mengesahkan DJ itu sudah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di sana.
Kebiasaannya, siaran radio Jumalon akan disiarkan di laman Facebook 94.7 Gold Mega Calamba FM, yang mempunyai kira-kira 2,400 pengikut.
Mengulas lanjut, polis berkata mereka tidak mengetahui sebarang ancaman sebelum ini terhadap nyawanya.
Bagaimanapun, polis mengesahkan mereka telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu bagi melakukan siasatan lanjut.
BACA: Wanita Ditembak Mati, Minum Minuman Beralkohol Di Kuil
Dalam perkembangan lain, Presiden Filipina, Marcos Jr mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk yang membabitkan pembunuhan penyampai radio itu.
Sebelum ini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan di Filipina mengesahkan seramai empat wartawan telah terbunuh selepas Marcos Jr menjawat jawatan presiden pada Jun tahun lalu.
“Serangan itu lebih dikutuk kerana ia berlaku di rumah Jumalon sendiri, yang juga berfungsi sebagai stesen radio,” kata kesatuan itu.
Marcos Jr menyiarkan pada platform X bahawa satu arahan telah dikeluarkan supaya polis menjalankan siasatan menyeluruh agar pelaku dibawa ke muka pengadilan.
Filipina adalah salah satu tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan, kata Freedom House yang berpangkalan di AS.
Sumber: BBC
BACA: Lelaki Mati Ditembak Selepas Makan Di Kebun Bersama Rakan