Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Penyampai TV Britain, Michael Mosley Ditemui Maut
ATHENS — Penemuan mayat wartawan dan penyampai televisyen Britain, Michael Mosley, 67, di Pulau Symi, Greece, lapor USA Today.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui di kawasan berbatu berhampiran laut dan pantai Agia Marina di Symi sewaktu wartawan dari saluran TV kerajaan ERT dan lain-lain meninjau kawasan itu dari sebuah kapal.
Penemuan itu sekaligus menamatkan misi pencarian kehilangan Mosley.
Pegawai polis tempatan berkata, punca kematian bagaimanapun masih belum dikenal pasti. Mayatnya dipindahkan ke pulau Dodecanese yang berdekatan, Rhodes untuk tindakan lanjut dan proses pengecaman mayat juga masih belum selesai.
Menurut isteri Mosley, Dr Clare Bailey Mosley dalam satu kenyataan, menyifatkana suaminya seorang yang hebat, kelakar baik dan cemerlang.
“Kami menjalani kehidupan yang ceria bersama-sama. Kami sangat menyayangi satu sama lain,” katanya.
Pemergian Mosley mendapat perhatian ramai yang turut menzahirkan rasa sedih atas kehilangannya.
“Sedih dan terkejut selepas mendapat tahu berita kematian Dr Mosley,” komen salah seorang pengguna di Instagram milik Mosley.
Terdahulu, Mosley dilaporkan hilang selepas bersiar-siar di pantai Agios Nikolaos di Greece pada Rabu lalu.
Michael Mosley
Michael Mosley seorang personaliti televisyen biologi dan perubatan BBC, Dia memulakan perkhidmatan bersama BBC pada tahun 1985.
Difahamkan, Mosley minat dalam menghasilkan dan membentangkan dokumentari mengenai sains dan kesihatan sepanjang kerjayanya, lapor Good Reads.
Antara siri yang pernah dibintanginya adalah BBC, “Trust Me, I’m a Doctor” dan “The One Show.”
Selain itu, dia juga mencipta diet 5:2 yang dikongsikan menerusi siaran radio Just One Thing BBC dan menerbitkan buku mengenai kesihatan serta diet.
Pada tahun 2022, dia menerbitkan “Just One Thing: How Simple Changes Can Transform Your Life,”
Sumber: USA Today