Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penyanyi Terkenal AS, Beyoncé Rasmi Bergelar Bilionair

Athirah
Kredit: WireImage

Penyanyi Terkenal AS, Beyoncé Rasmi Bergelar Bilionair

Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Beyoncé kini secara rasmi bergelar bilionair, sekali gus menjadi pemuzik kelima di dunia yang mencapai pencapaian tersebut, menurut laporan majalah Forbes pada Isnin.

AFP melaporkan artis berusia 44 tahun itu menyertai kelompok elit yang turut merangkumi suaminya, penyanyi rap Jay-Z, selain Taylor Swift, Bruce Springsteen dan Rihanna,

Menurut Forbes, Beyonce mencapai tahap tersebut selepas beberapa tahun meraih pendapatan yang sangat lumayan.

Pada 2023, Renaissance World Tour mencatat kutipan hampir AS$600 juta.

Dalam pada itu, beliau turut mencipta pembaharuan dalam kerjaya muziknya menerusi pelancaran album berkonsepkan country, Cowboy Carter yang memenangi Anugerah Grammy pada 2024.

Ia sebelum meneruskan kejayaan dengan menganjurkan jelajah konsert berpendapatan tertinggi dunia pada 2025.

Anggaran terperinci nilai bersih tidak diketahui

Gabungan hasil daripada jelajah konsert, katalog muzik serta pelbagai perjanjian lain menyaksikan Forbes menganggarkan Beyonce meraih pendapatan sekitar AS$148 juta pada 2025 sebelum cukai.

Difahamkan, ia sekali gus meletakkannya sebagai pemuzik ketiga dengan bayaran tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, penerbitan itu tidak mengemukakan anggaran terperinci nilai bersih bekas anggota kumpulan Destiny’s Child tersebut, yang menubuhkan Parkwood Entertainment bagi menguruskan kerjaya dan penerbitannya.

Forbes turut melaporkan Beyonce telah mengembangkan empayar perniagaannya melalui pelbagai usaha termasuk jenama penjagaan rambut, label wiski dan rangkaian pakaian.

Namun begitu, sebahagian besar kekayaan peribadinya masih berpunca daripada muzik, jelajah konsert global serta kawalan terhadap hak katalog muzik lamanya.

BACA: Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 – KPM
BACA: Panggil Orang “Anjing” Boleh Didenda RM2,000, Penjara Hingga 6 Bulan Di Indonesia
BACA: Ini “Top 10” Lelaki Paling Kacak & Wanita Paling Cantik 2025
BACA: Jurutera Terima Pampasan RM180,000 Selepas Dipecat Kerana Terlalu Lama Dalam Tandas

Sumber: France 24 via AFP