Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Penyasaran subsidi diesel
Sumber: Bernama

Penyasaran Subsidi Diesel: Pengusaha Bas Tidak Sepatutnya Naikkan Kadar Tambang – Loke 

Hannah

Penyasaran Subsidi Diesel: Pengusaha Bas Tidak Sepatutnya Naikkan Kadar Tambang – Loke

GEORGE TOWN, 11 Jun (Bernama) — Pengusaha bas ekspres dan bas sekolah tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang susulan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata hal ini kerana subsidi diesel terus diberikan kepada golongan itu menerusi kad fleet diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

”… tidak sepatutnya berlaku (kenaikan tambang), subsidi diesel terus diberikan kepada pengusaha bas ekspres dan bas sekolah.

“Mereka tidak terkesan dari segi kenaikan harga diesel sebab pengusaha bas sekolah, bas ekspres ini sudah sedia terima subsidi. Jadi apa yang mendorong mereka menaikkan harga tambang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan 57th Asean Senior Transport Officials Meeting (STOM) di sini hari ini.

Loke mengulas khabar angin berkaitan kemungkinan berlaku kenaikan tambang bas ekspres, bas sekolah dan bas persiaran susulan pengumuman kenaikan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus bermula pada Isnin.

BACA: Anugerah Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas 2023 Milik TV Alhijrah

Menurut Loke kadar tambang bas ekspres tidak boleh dinaikkan sesuka hati kerana ia adalah di bawah seliaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

”Bagi bas sekolah, kita tidak kawal harganya cuma kita galakkan perbincangan antara pengusaha bas sekolah dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Bas persiaran pula adalah untuk kegunaan pelancong asing dan bagi tujuan pelancongan bukannya kegunaan harian, jadi tidak ada subsidi untuk sektor pelancongan.

”Kos pelancongan di negara kita memang cukup kompetitif, mungkin ada sedikit kenaikan kos untuk pelancong asing namun saya rasa ia boleh diterima mereka,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata beliau bersedia memberi taklimat khusus kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura, susulan kenyataan bekas Perdana Menteri itu terhadap projek berkenaan.

BACA: Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Menurut Loke beliau menghormati Dr Mahathir sebagai pemimpin negara namun segala pandangan tentang projek berkenaan mesti berdasarkan fakta yang tepat.

“Saya tidak tahu sama ada beliau (Dr Mahathir) dapat maklumat benar atau tidak, tetapi biarlah bercakap berdasarkan fakta. Untuk mengatakan bahawa tidak ada pendedahan mengenai RTS, ini tidak betul.

”Kalau Tun mahu maklumat lengkap saya bersedia bagi taklimat khusus kepada beliau,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir dalam hantaran menerusi laman X mengulas berkaitan projek RTS Link yang sedang rancak dibina namun menyatakan tidak banyak laporan tempatan mengenai projek berkenaan.

BACA JUGA: Proses Pengebumian Lancar, Penggali Kubur Kongsi Kisah Jenazah Terasa Ringan Seperti Kapas

Sumber: Bernama