Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perenang Olimpik Brazil Dihantar Pulang Selepas Lawat Menara Eiffel

Iqbal Yasir
Perenang Olimpik menara eiffel
Gambar: BERNAMA

Perenang Olimpik Brazil Dihantar Pulang Selepas Lawat Menara Eiffel

PARIS, 30 Julai (Bernama) — Seorang perenang Brazil dihantar pulang dari Sukan Olimpik Paris selepas melawat Menara Eiffel tanpa kebenaran dengan menyusup keluar dari perkampungan atlet, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jawatankuasa Olimpik Brazil (COB) berkata Ana Vieira meninggalkan perkampungan itu bersama rakan perenang Gabriel Santos tanpa kebenaran pada Jumaat.

Perjalanan itu dilaporkan diketahui oleh pegawai kerana mereka memuat naik gambar di media sosial.

Santos menerima amaran manakala Vieira disingkirkan daripada pasukan kerana bertindak “secara tidak menghormati dan agresif” apabila ditegur mengenai kesalahannya.

“Kami tidak berada di sini untuk berseronok atau bercuti. Kami berada di sini untuk bekerja untuk Brazil, bagi lebih 200 juta pembayar cukai yang bekerja untuk kami,” kata ketua renang Gustavo Otsuka seperti yang dipetik media Brazil.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Paris 2024: Pearly-Thinaah Lakukan Satu Lagi Kejutan, Layak Ke Suku Akhir

BACA JUGA: Paris 2024: Pearly-Thinaah Bangkit Benam Bekas Juara Dunia

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni