Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Orang ramai dibenarkan untuk makan di kedai dan merentas daerah ketika fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan datang, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya dalam kenyataan rasmi kementerian, semua aktiviti ekonomi adalah dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi seperti spa, pub dan kelab malam.
“Pergerakan rentas daerah dibenarkan sepanjang fasa 3 manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
“Dine-in di restoran dibenarkan terhad kepada 2 orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal,” ujarnya.
Sementara itu, kapasiti pengangkutan e-hailing serta kenderaan persendirian ditingkatkan kepada tiga orang termasuk pemandu.
“Pasar-pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu juga dibenarkan beroperasi mengikut SOP semasa.
Pembukaan institut pendidikan pula tertakluk kepada takwim Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tambahnya.
Bagaimanapun, aktiviti-aktiviti sosial masih tidak dibenarkan ketika fasa berkenaan dan hanya 10 tetamu atau pelawat dibolehkan ke sesebuah kediaman pada satu-satu masa.
