Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perhati ‘Petunjuk’ Ini, Mungkin Jadi Penyebab Kucing Anda Kerap Muntah

Gambar Via Google

Bagi sesiapa yang mempunyai kucing, anda pasti kadangkala bimbang dengan keadaan haiwan comel itu yang kerap muntah tanpa ketahui puncanya.

Keadaan tersebut tidak seharusnya diabaikan, muntah mungkin menandakan kucing anda mengalami masalah kesihatan.

Menerusi portal Mental Floss, ada beberapa ‘petunjuk’ yang menyebabkan kucing anda muntah.

Gambar Via Catster

1. Makan terlalu cepat

Makan terlalu cepat atau berlebihan adalah salah satu penyebab muntah kucing yang paling biasa dan ia tidak berbahaya, lapor The Spruce Pets.

Tingkah laku ini dapat dicegah dengan memberi makanan dalam bahagian yang kecil sahaja atau menambah ‘halangan’ seperti bola bersaiz sederhana ke mangkuk mereka.

Sekiranya masalah tersebut masih berlaku, ia mungkin disebabkan oleh perkara lain.

2. Hairballs

Hairballs mungkin antara potensi lain yang menyebabkan kucing anda muntah. Gumpalan bulu itu mungkin akan membuat anda terganggu namun ia boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius untuk kucing anda.

Kucing sememangnya mengeluarkan bulu yang tidak dapat dicerna oleh mereka, ia boleh menyebabkan penyumbatan berbahaya pada usus mereka.

Anda boleh membantu menyikat bulu kucing bagi mengelakkan ia menjilat bulu tersebut.

Gambar Via Hill’s Pet Nutrition

3. Masalah kesihatan

Boleh jadi muntah juga adalah gejala bagi penyakit kucing seperti radang usus, diabetes, hipertiroidsme dan penyakit ginjal kronik, ada kemungkinan kucing anda memakan sesuatu yang berbahaya.

4. Alergik makanan

Menurut Liputan6, sesetengah kucing juga mengalami muntah akibat dari makanan yang sensitif dan alergik.

Perhatikan perilaku yang ditunjukkan kucing anda sebelum dan selepas makan, adakah ia mengalami cirit-birit, kebotakan atau kulit gatal.

Mereka terkadang memerlukan makanan khas atau terapi untuk mengatasi masalah tersebut.

Gambar Via Mental Floss

5. Keracunan

Apabila kucing memakan sesuati yang beracun, mekanisme pelindung tubuh mereka melawan menghilangkan racun tersebut melalui muntah.

Racun merangkumi makanan manusia serta tumbuhan tertentu, ubat manusia, racun serangga dan bahan kimia tertentu.

Kes keracunan boleh membawa maut kepada kucing, ia biasanya disertai dengan cirit-birit.

6. Jangkitan dan parasit

Dalam keadaan yang jarang berlaku, parasit dalaman boleh menyebabkan muntah.

Antara parasit dalaman adalah cacing gelang, cacing pita dan cacing kuku.

Jangkitan bakteria dan virus seperti salmonella dan giardia juga boleh menyebabkan muntah.

Keadaan ini juga biasanya disertai dengan cirit-birit, penurunan berat badan dan kurang selera makan.

Walau apa pun, segera pergi ke klinik haiwan untuk memberikan rawatan yang segera kepada kucing anda jika ia mengalami muntah yang berterusan.

Sumber: Mental Floss, liputan6