Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) semalam telah mengumumkan bahawa seekor anak tapir betina telah dilahirkan kira-kira jam 4 petang pada 21/1/2020.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu perkongsian yang dikongsi melalui akaun twitter rasmi PERHILITAN. Anak tapir betina itu dilaporkan lahir dengan berat 8.60kg dari sepasang tapir yang dikenali dengan nama Mala (ibu) dan Boy (bapa).

Pihak Perhilitan juga turut memaklumkan bahawa susulan daripada kelahiran tersebut, seekor lagi tapir yang berada di bawah jagaan Perhilitan kini sudah mempunyai kawan.
Dalam pada itu, Perhilitan juga turut meminta cadangan daripada netizen bagi memberi nama yang sesuai ke atas anak tapir berkenaan.
Sumber: PERHILITAN