Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perjanjian Damai AS-Iran Dicapai, Umum Buka Semula Selat Hormuz - Trump

Perjanjian Damai AS-Iran
Kredit: AFP

Perjanjian Damai AS-Iran Dicapai, Umum Buka Semula Selat Hormuz - Trump

Presiden AS Donald Trump mengumumkan pada Ahad bahawa satu perjanjian dengan Iran telah dimuktamadkan dan berkata beliau membenarkan pembukaan semula Selat Hormuz serta penarikan sekatan tentera laut AS, lapor Anadolu Ajansi.

"Perjanjian dengan Republik Islam Iran kini telah selesai. Tahniah kepada semua!

"Saya dengan ini membenarkan sepenuhnya pembukaan tanpa tol Selat Hormuz, dan, secara serentak dengan ini, membenarkan penarikan serta-merta sekatan Tentera Laut Amerika Syarikat," umum Trump dalam satu hantaran di platform Truth Social miliknya

Trump turut memberi isyarat mengenai penyambungan semula trafik maritim dan penghantaran tenaga melalui laluan air strategik itu, dengan menulis: "Kapal-kapal di Dunia, hidupkan enjin anda. Biarkan minyak mengalir!"

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran tambahan mengenai perjanjian itu atau pelaksanaan langkah-langkah tersebut dalam kenyataannya.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengumumkan pada awal Isnin bahawa AS dan Iran telah mencapai perjanjian damai susulan rundingan.

"Susulan rundingan, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Perjanjian Damai antara Amerika Syarikat dan Republik Islam Iran telah DICAPAI," kata Sharif dalam satu hantaran di platform media sosial AS, X

Beliau menambah bahawa kedua-dua pihak telah mengisytiharkan penamatan serta-merta dan kekal operasi ketenteraan di semua barisan hadapan, termasuk di Lubnan.

Menurut Sharif, majlis menandatangani rasmi dijadualkan berlangsung pada 19 Jun di Switzerland.