Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Feri Labuan Kota Kinabalu
Sumber: BERNAMA

Perkhidmatan Feri Labuan-Kota Kinabalu Disambung Semula 15 Dis

Hannah

Perkhidmatan Feri Labuan-Kota Kinabalu Disambung Semula 15 Dis

LABUAN, 8 Dis (Bernama) — Perkhidmatan feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu akan beroperasi semula pada 15 Disember ini selepas hampir tiga tahun dihentikan susulan pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, yang mengesahkan perkara itu, berkata ia merupakan peristiwa penting dalam langkah meningkatkan sistem perhubungan di pulau bebas cukai ini.

Sebelum ini, perkhidmatan itu sangat popular namun operasinya terpaksa dihentikan kerana kurang mendapat sambutan ketika penularan COVID-19.

Beliau berkata pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres dijangka mengeratkan hubungan antara Labuan dengan tanah besar Sabah bagi menangani masalah kesalinghubungan yang telah lama wujud.

“Kami tidak akan mengabaikan keperluan Labuan untuk meningkatkan sistem perhubungan… usaha ini penting bukan sahaja untuk komuniti setempat tetapi juga bagi meningkatkan bilangan pelawat,” katanya semasa temu bual eksklusif dengan Bernama sempena setahun memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Dr Zaliha berkata perkhidmatan itu berpotensi merancakkan semula sektor pelancongan sekali gus menggalakkan agensi industri itu menawarkan pakej merangkumi Sabah dan Labuan.

“Sistem perhubungan yang dipertingkat dijangka menarik lebih ramai pelawat dan merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah ini,” katanya.

BACA: Penyanyi Wanita Meninggal Dunia Dipercayai Selepas 3 Sesi Urutan

Beliau berkata sebagai tambahan kepada penyambungan semula perkhidmatan itu, kerajaan merancang meluaskan diskaun 50 peratus perjalanan yang kini tersedia untuk penumpang dan terminal feri roll-on roll-off (RoRo) kepada mereka yang menggunakan feri ekspres.

“Kami tidak nampak sebarang isu dalam pemberian subsidi yang sama dengan diskaun 50 peratus kepada pengguna feri ekspres,” katanya sambil menekankan komitmen untuk meringankan kos perjalanan penumpang.

Dr Zaliha juga berkata penyambungan perkhidmatan itu selaras dengan strategi kerajaan yang lebih luas untuk menyokong industri tempatan dan komuniti yang menggunakan laluan Labuan-Kota Kinabalu-Labuan.

“Dengan menangani jurang kesalinghubungan dan mempromosi pelancongan serantau, inisiatif itu dijangka membuka jalan kepada aliran ekonomi untuk Labuan dan kawasan sekitar,” katanya.

BACA: Putrajaya & Nilai Dilanda Banjir, Banyak Kereta Ditenggelami Air

BACA: Banjir: 20 Kenderaan Terperangkap Di Putrajaya

Sumber: BERNAMA