Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Permohonan i-Citra Telah Diterima Jika Laman ‘Terima Kasih’ Terpapar, Ini Yang Pengguna Android & iOS Kena Buat Lepas Mohon

Gambar: Bernama/ KWSP

Sejak pembukaan permohonan pengeluaran i-Citra semalam, mungkin pelbagai soalan timbul dalam kalangan para pemohon. Antaranya ialah langkah memohon secara atas talian serta cara mengetahui jika permohonan telah diterima.

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), permohonan anda diterima sistem jika terpapar laman ‘Terima Kasih’ pada skrin anda sepertimana rajah di bawah.

Ahli yang membuat permohonan i-Citra sama ada pengguna Android atau iOS juga perlu melakukan perkara ini selepas permohonan.

Sebaik melihat paparan tersebut, anda diingatkan untuk terus menekan butang ‘Simpan Rekod Permohonan’ dan memuat turun dokumen dipaparkan bagi pengguna Android atau menangkap layar bagi pengguna iOS.

Sumber: KWSP