Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Permohonan Tingkatan Enam 2026 Di Kampus UKM & USM Dibuka 24 April, Ini Cara Mendaftar

Adib Haiqal
Tingkatan Enam 2026
Kredit: Bernama

Permohonan Tingkatan Enam 2026 Di Kampus UKM & USM Dibuka 24 April, Ini Cara Mendaftar

Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, setiap pelajar mula merancang hala tuju pendidikan masing-masing.

Ada yang memilih untuk terus melangkah ke universiti melalui program diploma atau asasi, manakala ada juga yang mengambil laluan prauniversiti sebagai persediaan sebelum ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pelbagai pilihan yang ada, Tingkatan Enam kekal sebagai antara laluan yang masih relevan bagi mereka yang ingin mengukuhkan asas akademik serta membina persediaan yang lebih mantap sebelum memasuki universiti.

Ia juga memberi ruang kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan corak pembelajaran yang lebih berdikari.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 bagi lepasan SPM 2025 kepada calon yang berkelayakan.

Hari ini, SK akan kongsikan peluang kemasukan Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk lepasan SPM 2025.

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa calon lepasan SPM 2025 yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam di kampus UKM dan USM.

Permohonan dibuka mulai 24 April hingga 8 Mei 2026 dan boleh dibuat melalui pautan berikut: https://sst6.moe.gov.my/

Keputusan permohonan: 22 Mei 2026

Tarikh lapor diri: 8 Jun 2026

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang KPM: www.moe.gov.my

Syarat Am Permohonan:

Calon mestilah warganegara Malaysia serta memperoleh gred A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, calon juga perlu memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam keputusan SPM.

Syarat kelayakan turut mengambil kira pencapaian dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), iaitu dengan markah 8.0 dan ke atas.

Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia via Facebook