Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pelakon popular Jepun, Haruma Miura ditemui mati di kediamannya di Tokyo pada hari ini, lapor Japan Times.
Menurut sumber penyiasatan, pelakon berusia 30 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Minato Ward. Dia kemudian dikejarkan ke hospital namun kemudian disahkan meninggal dunia.
Berada di bawah naungan agensi Amuse Inc., Miura memulakan karier lakonannya di dalam drama NHK iaitu ‘Agri’ pada usia 7 tahun.
Mendiang juga turut dikenali di dalam filem ‘Crows Zero 2’ dan adaptasi anime popular ‘Attack on Titan’.
Sumber: Japan Times