Seorang pemilik serangga terkejut apabila seekor serangga batang peliharaannya didapati mempunyai dua jantina iaitu separuh jantan dan separuh betina, lapor Daily Mail.
Menurut pakar di Muzium Sejarah Semula Jadi, serangga kayu berwarna hijau yang dinamakan sebagai Charlie itu merupakan gynandromorph pertama yang dilaporkan mempunyai dua jantina.

Pemilik serangga, Lauren Garfield berkata, Charlie pada mulanya kelihatan seperti serangga batang biasa lain yang dipelihara dan dibesarkan di rumahnya, Waldringfield.
”Saya telah memelihara serangga selama beberapa tahun dan tanpa disedari, saya juga telah memelihara serangga batang berwarna hijau gynandromorphic.
”’Ini bermaksud separuh daripada badannya adalah betina (bahagian hijau) dan sebahagian lagi jantan (bahagian coklat dengan sayap),” tulis Garfield di Facebook.



Dia kemudian bersetuju untuk menyerahkan Charlie kepada pihak Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di London bagi tujuan kajian saintifik oleh pakar.
Sementara itu, seorang pakar serangga, Paul Brock memaklumkan bahawa Charlie mempunyai sebahagian besar bentuk badan jantan iaitu berwarna coklat di sebelah kanan beserta sayap belakang penuh.
”Dalam spesies gynandromorph, termasuk Charlie ini, alat kelamin tidak terbentuk dengan betul jadi walaupun kelihatan seperti jantan, ia tidak akan dapat mengawan dengan betul dengan haiwan betina,” katanya.
Sumber: Daily Mail
