Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pertamina Perjelas Mengapa Harga Minyak Indonesia Lebih Mahal Dari Malaysia

Iqbal Yasir
minyak indonesia mahal malaysia
Gambar: CNN Indonesia

Pertamina Perjelas Mengapa Harga Minyak Indonesia Lebih Mahal Dari Malaysia

JAKARTA — Syarikat minyak dan gas milik Indonesia, PT Pertamina tampil memberikan penjelasan berhubung harga bahan bakar minyak (BBM) di Indonesia yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia, lapor CNN Indonesia.

Pemangku Setiausaha Korporat Pertamina Patra Niaga, Roberth MV Dumatubun berkata, terdapat banyak faktor yang menyebabkan harga BBM dalam negara itu lebih mahal berbanding Malaysia.

“Banyak faktor, boleh jadi kerana harga import, harga jualan kompetitif dalam negara, atau kos pengedaran dalam negara,” katanya kepada portal berita berkenaan.

Di Indonesia, BBM RON95 dijual bukan sahaja oleh Pertamina tetapi juga stesen minyak swasta.

Sebagai contoh, Pertamina menjual Pertamax Green 95 pada harga Rp13 ribu (sekitar RM3.28) seliter bermula 1 September.

Sementara itu, Shell menjual BBM V-Power yang setara dengan RON 95 pada harga Rp13,140 (sekitar RM3.30) seliter. Manakala, Vivo menjual Revvo 95 dengan harga Rp13,140 (sekitar RM3.30) seliter.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menurunkan harga minyak RON95 kepada RM1.99 seliter (Rp7,864).

“Mulai 30 September, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON 95 iaitu RM1.99 seliter dengan menggunakan MyKad (kad pengenalan Malaysia), di stesen minyak atau melalui aplikasi pam petrol,” kata Anwar yang dilaporkan Antara.

Anwar menjelaskan anggota polis dan tentera Malaysia akan menikmati harga baharu ini lebih awal, iaitu pada 27 September. Manakala pada keesokan harinya, giliran penerima bantuan tunai (STR) akan menikmati harga minyak berkenaan.

Tambah Anwar, inisiatif penurunan harga minyak ini juga sebagai satu bentuk penghargaan tertinggi kepada rakyat Malaysia.

Sumber: CNN Indonesia

BACA: Rakyat Indonesia Akui Cemburu Malaysia Turunkan Harga Petrol RON95

BACA: Netizen Kecoh, Teruja Tengok Orang Malaysia “Join” Running Man