Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesara Tentera Ditemukan Tidak Bernyawa Di Dalam Kereta

Azizah Najib
pesara ditemui tidak bernyawa
Kredit: Sinar Harian

Pesara Tentera Ditemukan Tidak Bernyawa Di Dalam Kereta

Seorang pesara tentera ditemui tidak bernyawa di dalam kereta berhadapan sebuah klinik swasta di Cheng, Melaka sekitar jam 7.04 malam, pada Selasa.

Mangsa, Mohd Hisyam Omar, 50, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mangsa sempat menghubungi ahli keluarganya untuk memberitahu mangsa berasa hendak pitam.

Ketika itu, mangsa berada di Lebuh SPA berdekatan Taman Desa Bertam kira-kira jam 10 pagi.

Christopher berkata, anak mangsa cuba menghubungi telefon bimbit mangsa namun panggilan tidak berjawab sehingga jam 6 petang.

Berikutan itu, anak mangsa hadir membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang.

“Anak mangsa memaklumkan keadaan bapanya tidak sihat dan membuat hebahan dari Balai Polis Sungai Udang.

“Kira-kira jam 7.30 petang, mangsa dimaklumkan ditemui di lokasi kejadian oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa diketahui tidak mempunyai sejarah penyakit dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.

Selain itu, barang peribadi milik mangsa juga dalam keadaan baik.

“Jenazah mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah serangan jantung dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

BACA: Fenomena Air Pasang Besar Di Pulau Pinang 18 Hingga 21 Oktober

BACA: 11 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini

BACA: Senarai Terkini Institut Memandu Laksana Program Peralihan Lesen Kelas B

Sumber: Sinar Harian