Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Terima Ancaman Bom, Singapura Kerah F-15SG Iring Pesawat Air Indian Express
Dua pesawat pejuang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dikerah untuk mengiringi penerbangan pesawat Air India Express yang sedang menuju ke negara itu, pada malam Selasa.
Menurut Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, tindakan berkenaan diambil selepas pesawat dengan kod AXB684 itu menerima email yang mengatakan terdapat bom dalam penerbangan tersebut.
Katanya lagi, jet pejuang berkenaan diarahkan untuk mengiringi pesawat berkenaan menjauhi kawasan berpenduduk di negara republik itu.
“Pesawat Air India Express itu kemudian berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi, Singapura kira-kira jam 10.04 malam,” ujar Ng melalui satu hantaran di Facebooknya.
Tambah Ng, Sistem Pertahanan Udara-Darat (GBAD) dan pasukan Pelupusan Ordnance Letupan (EOD) telah diaktifkan selepas pihaknya menerima maklumat tersebut.
Pesawat Air India Express itu kemudian telah diserahkan kepada Polis Lapangan Terbang selepas mendarat dan siasatan berhubung kejadian berkenaan sedang dijalankan.
“Terima kasih diatas dedikasi dan profesionalisme yang ditunjukkan Angkatan Tentera Singapura (SAF) dan Home Team yang sentiasa memastikan keselamatan negara ini terjamin,” ujar Ng.
BACA: Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP
Sumber: Ng Eng Hen via Facebook