Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pesawat Alami Kerosakan, Tindakan Pantas Juruterbang Mendarat di Pesisir Pantai Dipuji
Sebuah syarikat penerbangan di Somalia memuji salah seorang juruterbangnya selepas dia mendaratkan pesawat penumpangnya yang mengalami kerosakan teknikal di pesisir pantai bersebelahan lapangan terbang antarabangsa ibu negara dengan kesemua 55 penumpang terselamat.
Memetik laporan BBC, Starsky Aviation dalam satu kenyataan berkata tindakan pantas juruterbang adalah penting dalam menyelamatkan 50 penumpang dan lima anak kapal.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Somalia (CAA) berkata kru pesawat Fokker 50 itu melaporkan masalah sejurus selepas berlepas dari Mogadishu pada pagi Selasa dan meminta agar pesawat itu kembali.
Ia kemudian mendarat tetapi gagal berhenti di landasan dan terbabas sebelum terkandas di perairan cetek.
Dalam pada itu, video yang disiarkan di X menunjukkan bahawa penumpang berjalan meninggalkan pesawat terbabit di pantai Lautan Hindi. Tiada kecederaan serius dilaporkan.
Misi Kesatuan Afrika di Somalia berkata pasukan PBB dan AU dikerahkan dengan pantas untuk membantu usaha menyelamat.
"Kami lega semua penumpang dan anak kapal selamat. Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca masalah teknikal yang membawa kepada pendaratan cemas.
"Keputusan juruterbang yang pantas dan tenang memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan semua orang di atas kapal dan kami memuji cara dia mengendalikan situasi itu," kata jurucakap Starsky, Hassan Mohamed Aden.