Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Pesawat Bawa 15 Orang Termasuk Ahli Parlimen Colombia Terhempas
Seramai 15 orang termasuk seorang ahli parlimen Colombia maut selepas sebuah pesawat terhempas pada Rabu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Venezuela.
Memetik laporan AFP, pesawat itu berlepas dari bandar Cucuta, sempadan Colombia dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara sejurus sebelum ia dijadualkan mendarat di Ocana sekitar tengah hari waktu tempatan.
Pesawat yang membawa 13 orang penumpang dan dua anak kapal itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan negara Colombia, Satena.

"Tiada mangsa yang terselamat," kata seorang pegawai dari pihak berkuasa penerbangan kepada AFP.
Pihak berkuasa mengerahkan Tentera Udara untuk menjalankan pencarian di kawasan tersebut yang lasak dan padat di banjaran timur Andes.
Kawasan luar bandar di sekitarnya dikawal oleh kumpulan gerila terbesar Colombia, Tentera Pembebasan Kebangsaan.
Gabenor negeri Santander Utara, William Villamizar berkata setakat ini tujuh mayat telah ditemui.
Antara mangsa yang dikenal pasti ialah ahli parlimen Colombia, Diogenes Quintero dan calon untuk pilihan raya akan datang, Carlos Salcedo.
Parti Quintero menyifatkannya sebagai seorang pemimpin yang komited kepada komunitinya.
Beliau dilahirkan di Catabumbo iaitu sebuah wilayah yang dilanda konflik.