Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Kargo Tentera Turkiye Terhempas Di Georgia

Athirah
Pesawat Kargo Tentera Turkiye
Kredit: flightradar24

Pesawat Kargo Tentera Turkiye Terhempas Di Georgia

ANKARA, (Bernama-Anadolu) — Sebuah pesawat kargo tentera C-130 milik Turkiye yang dalam perjalanan dari Azerbaijan telah terhempas di Georgia, kata Presiden Turkiye pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami amat sedih apabila mendapat tahu satu daripada pesawat tentera C-130 kami yang dalam perjalanan dari Azerbaijan ke negara ini telah terhempas berhampiran sempadan Georgia-Azerbaijan,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada satu majlis di ibu negara Turkiye, Ankara.

“Operasi mencari dan menyelamat kami teruskan dengan koordinasi bersama pihak berkuasa negara. Semoga Tuhan merahmati syuhada kita,” tambahnya.

Kementerian Pertahanan juga menyatakan di X bahawa operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan dengan koordinasi bersama pihak berkuasa Georgia.

Tiada maklumat mengenai berapa ramai orang yang berada di dalam pesawat itu atau mengenai kemungkinan kemalangan jiwa.

BACA: Impian Kejuruteraan Terkubur Selepas Kemalangan, Kini Wanita Ini Temui Dunia Kek “Custom”
Kredit: flightradar24

Sumber: Bernama