Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Tempur MIG-29 Ukraine Musnah Terbakar Gara-gara Dirempuh Kereta Dipandu Pegawai Tentera Disyaki Mabuk

Nur Adnin
Gambar: Defense World

Sebuah pesawat tempur Ukraine, MiG-29 dilapor musnah terbakar akibat dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta Volkswagen Touran yang dipandu seorang pegawai tentera disyaki mabuk.

Kejadian ‘malang’ lagi merugikan aset ketenteraan negara secara sia-sia itu berlaku di Pangkalan Udara Vasilkov di wilayah Kiev baru-baru ini.

Ekoran tragedi itu, tular beberapa keping foto di tempat kejadian yang memaparkan keadaan salah satu enjin pesawat yang rosak dan terbakar bersama kereta itu.

Menurut sumber laporan, difahamkan pesawat tempur yang musnah itu tidak dapat diaktifkan lagi, dipercayai mungkin akibat kerosakan teruk yang dialaminya.

Gambar: Defense World

Dikatakan antara kemusnahan yang dikenal pasti di badan pesawat itu adalah kerosakan pada mekanikal dan komponen-komponen lain, maklum Obozrevatel.

Sementara itu pegawai yang disyaki mabuk itu dilapor mengalami kecederaan lebam di bahagian dada, mata dan wajahnya.

Bagaimanapun kes tersebut menimbulkan persoalan ramai; bagaimana pegawai tentera itu boleh memandu kenderaan peribadinya di kawasan lapangan terbang tentera dalam keadaan mabuk.

Dalam masa sama, pegawai tersebut didakwa belum ditahan sehingga kini dan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Gambar: Defense World
Gambar: Defense World

Sumber: Defense World