Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pesawat Tentera Terbang Rendah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024
PUTRAJAYA. — Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan pesawat-pesawat udara tentera akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
TUDM dalam kenyataan berkata pesawat udara yang terlibat akan memulakan latihan penerbangan taktikal bermula 27 hingga 31 Ogos 2024.
“TUDM telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen udara dan persembahan udara.
“Ia melibatkan pesawat udara khususnya pesawat milik TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia dari pelbagai kategori.
“Antaranya, pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter dan turut sama terlibat adalah aset-aset udara pasukan keselamatan yang lain,” katanya pada kenyataan.
Jelas TUDM sepanjang latihan berlangsung, penerbangan taktikal secara rendah itu akan dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu khususnya di sekitar ruang udara Putrajaya dan negeri Selangor.
“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat pesawat tentera khususnya pesawat TUDM dan ATM.
“Serta pasukan keselamatan lain terbang rendah di sepanjang tempoh latihan dilaksanakan,” maklumnya dalam kenyataan tersebut.
Difahamkan, TUDM hari ini telah melaksanakan raptai hari kedua Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.
Antara latihan yang dilaksanakan hari ini ialah persiapan dan latihan aset-aset uddar dari ATM seria pasukan keselamatan dan penguatkuasaan seperti PDRM, APMM dan Bomba.
“Persembahan yang penuh bersemangat daripada semua pihak yang terlibat bagi memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia pada 31 Ogos 2024 nanti,” memetik kapsyen tersebut.