Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Piala Dunia 2026: Penduduk Mexico Kibar Bendera Iran

mexico iran
Gambar: Stadium Astro

Piala Dunia 2026: Penduduk Mexico Kibar Bendera Iran

Walaupun perjalanan Iran di Piala Dunia 2026 berdepan pelbagai kekangan, pasukan itu menerima penghormatan yang menyentuh hati daripada penduduk Mexico ketika meninggalkan bandar Tijuana.

Penduduk tempatan dilihat memenuhi jalan raya sambil mengibarkan bendera Iran sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada skuad negara itu selepas mereka tersingkir daripada kejohanan.

Iran turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Tijuana atas layanan baik yang diberikan sepanjang mereka berada di bandar tersebut.

Sebelum kejohanan bermula, Iran sebenarnya merancang untuk menjadikan Tucson, Arizona di Amerika Syarikat sebagai pusat latihan.

Namun, rancangan itu terpaksa dibatalkan susulan ketegangan politik antara Tehran dan Washington.

Sebagai gantinya, pasukan yang berada di ranking ke-22 dunia itu berpindah ke Tijuana, Mexico dan menjadikan bandar berkenaan sebagai pangkalan sepanjang kejohanan.

Sepanjang saingan, skuad Iran hanya dibenarkan memasuki Amerika Syarikat sehari sebelum setiap perlawanan dan perlu kembali ke Mexico selepas tamat aksi.

Bagaimanapun, menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Seattle, pihak berkuasa Amerika Syarikat memberi sedikit kelonggaran dengan membenarkan mereka memasuki negara itu dua hari lebih awal.

Mexico "rumah kedua" buat Iran

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi saluran WhatsApp rasmi pasukan, Iran menyifatkan layanan yang diterima daripada penduduk Tijuana sebagai sesuatu yang amat bermakna.

"Penganjuran sebenar adalah tentang rasa hormat, kemanusiaan, dan maruah. Kami tidak akan pernah melupakan kebaikan penduduk Tijuana.

"Mulai hari ini dan seterusnya, Mexico akan sentiasa menjadi lebih daripada sekadar negara tuan rumah bagi kami; ia akan menjadi rumah kedua dan pasukan kedua kami," kata pasukan itu.

Walaupun gagal meneruskan saingan, pengalaman dan layanan mesra yang diterima di Mexico menjadi kenangan paling bermakna buat skuad Iran sepanjang kempen Piala Dunia 2026.